Thursday, February 25, 2016

Bukti Jelas : Najib Harus di dakwa sebab melanggar undang-undang.

We somehow missed this one. Thank you to the anonymous reader that alerted us of this ridiculous story.

 Seperi yang dilaporkan oleh Sinar Harian  pada 17 Feb 2016  "Zahid: Perdana Menteri miliki kesabaran 'luar biasa"

link here

"Ahmad Zahid turut berkongsi cerita bagaimana Najib tetap bersabar dan tenang walaupun berdepan situasi cemas dan membabitkan keselamatan dirinya apabila pernah jatuh tersungkur di dalam kereta ketika pemandunya menekan brek secara tiba-tiba kerana mengelak sekumpulan kambing ketika dalam perjalanan ke Pahang.
"Pada masa itu beliau (Najib) terlelap di dalam kereta. Tindakan pemandu yang brek kereta secara mengejut menyebabkan beliau tersungkur...saya jangka dia nak marah, tetapi sebaliknya beliau hanya bertanya berapa kelajuan kereta.
"Pemandunya jawab kelajuan kereta dalam 200km/j, saya nampak telinganya dah merah dan jangka dia akan pecat pemandu itu tetapi beliau (Najib) sebaliknya secara sinis berkata pemandunya memandu umpama pesawat Cessna nak berlepas, sebelum melelapkan semula matanya," kata Ahmad Zahid yang turut berada di dalam kenderaan itu."

Ok. Tiga perkara yang boleh kita simpulkan dari cerita Zahid ini.

Satu : Najib tidak hormati undang-undang kerana dua sebab. 
Sebab pertama: tidak pakai tali pinggang. Ini sudah salah. Menurut JPJ ( link here ) "Mana-mana pemandu atau penumpang yang tidak memakai tali pinggang keledar (hadapan atau belakang) akan disaman. Penalti bagi kesalahan ini adalah denda tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak melebihi satu (1) tahun atau kedua-duanya sekali.  
Sebab apa tak pakai seat belt Najib oi? Kan dah jatuk tersungkur. Tak macho la.
Sebab kedua : bawak laju teramat. 200km/sejam? Kita boleh andaikan bahawa mereka bukannya di jalan raya kerana manakan pula ada kambing  atas highway. Dah lah bawak laju, hampir langgar kambing. Nasib baik kambing, kalau budak balik sekolah? Tak ke naya!

Kedua : Najib pemalas. Kenapa tidur dalam kereta? Patutnya bacalah file yang pastinya bertimbun, ataupun majalah-majalah penting. Ini tidak, tidur. 
Ketiga :  Zahid adalan insan yang menghormati undang-undang. Syukur alhamudllilah kita ada menteri yang patut pada undang-undang. Kita boleh simpulkan bahawa Zahid memakai tali pinggang, kalau tidak, dia pun akan tersungkur. Tahniah Dato Seri. Teruskan usaha untuk menjadi Perdana Menteri dalam tempoh yang terdekat. 










1 comment:

  1. Sepatutnya Najib tak lena tidur sebab takut semua rahsia berkaitan duit RM 2.6 bilion dan RM 42 juta yang masuk dalam akaun peribadinya boleh terbongkar bila-bila masa sahaja.

    ReplyDelete